3 Minyak Pati Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan Anda

Terdapat puluhan ribu kajian dalam talian menunjukkan bahawa minyak pati merupakan salah satu bentuk rawatan berasaskan tumbuhan yang paling berkesan dan paling lama digunakan di seluruh pelosok dunia.

 

Apa itu Minyak Pati?

Minyak pati diekstrak terus daripada sumber tumbuhan dan mempunyai ciri-ciri penyembuhan khas yang menakjubkan. Ia melindungi tumbuhan daripada serangan serangga dan persekitaran yang tidak sihat.

Minyak yang sangat bernilai ini mempunyai kepekatan tinggi serta molekul yang sangat kecil, di mana ianya berbeza daripada minyak yang diperbuat daripada sayur-sayuran atau kekacang, ianya boleh menembusi sel-sel dan dalam sesetengah kes boleh merentasi lapisan darah-otak.

Bagi tujuan ini, minyak pati digunakan sebagai bahan terapeutik dan telah wujud sejak 5000 tahun dahulu! Minyak ini digunakan dalam penjagaan kecantikan, untuk ketenangan, sebagai herba semulajadi dan untuk membersihkan rumah anda dengan selamat dan berkesan. Penggunaan minyak pati dalam terapeutik ini dirujuk sebagai 'aromaterapi', satu rawatan holistik untuk memperbaiki kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Berikut merupakan 3 minyak pati kegemaran saya:

 

Minyak Frankincense (Setanggi)

Setanggi telah digunakan sejak sekian lama untuk meningkatkan kesedaran rohaniah. Cuba semburkannya semasa sembahyang atau bertafakur. Minyak setanggi juga sangat berkesan dalam meratakan tona kulit. Sekiranya anda mempunyai tona kulit yang tidak sekata atau parut, letakkan satu atau dua titis ke kawasan tersebut kemudian gosok.

 

Lavender

Minyak lavender membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan kulit. Gosokkan dua titis di atas leher dan dahi untuk melegakan sakit kepala. Ia juga penawar yang hebat bagi segala jenis keradangan kulit termasuk luka, melecur atau melecet. Gabungkan beberapa titis lavender ke dalam minyak kelapa sebagai losyen semulajadi yang paling menenangkan!

 

Peppermint

Minyak peppermint adalah untuk kecergasan badan dan jika anda menghadapi sebarang masalah pencernaan cuba gunakan minyak peppermint untuk mendapatkan manfaatnya. Hanya campurkan setitis ke dalam air dan minum. Atau dengan hanya menghidunya juga sangat bermanfaat. Letakkan 2 titis ke dalam air untuk digunakan sebagai pembersih mulut semulajadi. Sekiranya anda memerlukan pemulih tenaga yang pantas pada hari-hari tertentu , hanya sedut bau minyak peppermint sebanyak tiga kali untuk menyegarkan anda – bagus untuk dicuba sebelum melakukan senaman anda.

Nikmati keseronokan bereksperimen dengan minyak pati untuk mendapatkan manfaat semulajadi yang terbaik dan pastikan anda menggunakannya sebanyak mungkin dalam rutin seharian anda!

Seperti ketika anda meletakkan minyak ke atas kulit atau mengambilnya sebagai makanan, adalah penting bagi anda untuk sentiaswa menggunakan gred makanan yang selamat untuk kegunaan dalaman.

 

Yang Benar,

Valentina (Pengamal RHHP)

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh www.cbdoilsmalaysia.com.my dengan kerjasama dengan Rupert Hambly Health & Performance TM.

RHHP juga menawarkan khidmat bimbingan khas dalam talian yang memberikan anda semua latihan dan bimbingan daripada pakar yang terkemuka, ke mana sahaja anda pergi. Layari www.ruperthamblyhealthandperformance.com untuk maklumat lanjut.

 

Rate this blog entry:

CBD Hemp Oils | Malaya Hemp™

 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 24 October 2018

Captcha Image

Cannabidiol

Kami adalah Pembekal utama Malaysia Premium CBD Oil, Cannabidiol! Minyak berkualiti tinggi yang berasal dari pengeluar utama di Asia.

CBD Oils Malaysia

Minyak CBD kami berasal dari cannabis sativa, bahan yang dihasilkan secara sah. Bentuk cannabis yang kami gunakan untuk minyak CBD kami ialah dari perindustrian hemp; kami tidak menjual ganja (Cannabis Indica - Marijuana).


Create an account
x