9 Manfaat Menakjubkan Tentang Penggunaan CBD Oils

Sekiranya anda serius menjaga kesihatan dan kesejahteraan hidup, maka inilah masanya untuk beralih arah kepada superfood (makanan super) iaitu CBD Oils atau Hemp Oils.

Minyak ajaib ini diperbuat daripada protein biji ganja jenis hemp dengan cara memeras dan menekan biji hemp untuk mengambil minyaknya. Ia akan mengeluarkan minyak mentah berwarna gelap yang kaya dengan pelbagai asid lemak tak tepu, Omega 3 dan 6 serta fiber- dan juga sebagai sumber mineral dan vitamin. Mari kita lihat beberapa kunci, manfaat yang sudah terbukti dengan menambah minyak semulajadi yang lazat ini ke dalam menu diet anda:

1. Manfaat Kecantikan

Minyak hemp adalah bahan yang dapat digunakan untuk menentang proses penuaan. Oleh kerana struktur semulajadinya yang tinggi dengan kandungan asid lemak Omega 3 dan 6, minyak ini adalah pelembab terbaik dan sangat lembut apabila digunakan. Bahan ini sangat berkesan untuk kulit kering, kuku dan juga rambut. Anda akan menjumpai bahan ini sebagai bahan dalam sesetengah pelembab rambut atas sebab ini, anda juga boleh membuat sendiri masker minyak hemp- cuma bersihkannya dengan rapi! Satu manfaat penting minyak hemp ialah kebolehannya untuk menambahkan ketegangan kulit dan tahap penghidratan sel-sel kulit- membuatkan kulit kelihatan lebih lembut, lebih lembab dan lebih muda secara menyeluruh. Seterusnya, membuatkan penampilan anda lebih bertenaga.

2. Manfaat Hormonal

Minyak hemp mengandungi sebatian penting yang dinamakan gamma-asid linolenat yang bertukar menjadi prostaglandin PGE1: satu hormon yang melindungi keseimbangan hormon dan membantu meningkatkan tahap kesihatan, terutamanya semasa menopaus. Hemp adalah satu-satunya bijian yang boleh dimakan dan memberikan manfaat sebegini menjadikan minyak ini sangat bernilai kepada kaum wanita.

3. Mengurangkan Kolestrol

Sekali lagi, disebabkan oleh keseimbangan Omega 3 dan 6 yang dijumpai dalam minyak hemp, ia boleh membantu untuk menetapkan kolestrol pada tahap yang rendah, dengan meningkatkan kadar metabolisme anda. Kadar metabolik yang cepat menjadikan badan anda membakar lemak dengan lebih pantas dan mencegah bahan kumuh / kotoran daripada melekat pada dinding-dinding arteri, yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan.

4. Ideal Untuk Vegetarian

Vegetarian selalunya berjuang untuk mendapatkan keseimbangan optimum asid lemak omega dalam diet mereka- dan lebih-lebih lagi golongan vegans. Minyak hemp boleh membekalkan kadar yang optimum dan mudah untuk ditambah ke dalam makanan bagi meningkatkan nutrisinya.

5. Bernilai Untuk Pesakit Diabetes

Minyak hemp secara semulajadinya rendah gula dan karbohidrat, dan sifatnya yang berminyak menimbulkan rasa kenyang dan menghindarkan perasaan lapar. Ini menjadikannya satu bahan makanan untuk golongan diabetes. Sebagai bonus tambahan, nutrien yang terhasil secara semulajadi dalam minyak ini mampu untuk menyeimbangkan tahap gula dalam darah.

6. Kawalan Semulajadi Menentang Psiorasis (Keradangan Kulit)

Pakar percaya bahawa psoriasis berlaku apabila seseorang individu mempunyai tahap asid lemak omega 6 yang rendah dalam sistem badan mereka. Sekali lagi, hemp yang mempunyai kadar yang optimum ini akan menggalakkan hidrasi, kesihatan dan oksigenasi kulit anda- tanpa melibatkan penggunaan bahan kimia.

7. Imuniti Lebih Baik

Profail nutrisi minyak hemp yang kaya dengan kebaikan asid lemak yang berguna kepada usus dapat menolong mengekalkan keimunan kita. Dengan menjaga kesihatan usus dan menyokong kesihatan mikrob badan, pengguna minyak hemp boleh mendapatkan sistem pertahanan badan ke atas serangan kuman/hama dan bakteria dengan lebih baik- terutamanya ketika cuaca sejuk dimana serangan selsema mudah berlaku.

8. Tiada Lagi Urat Darah Tersimpul!

Bagi mereka yang mengalami ketidakselesaan akibat urat darah tersimpul yang memalukan, minyak hemp akan membantu mengurangkan dan mencegah keadaan ini dengan mencairkan darah- juga mengurangkan risiko darah tergumpal semasa dalam proses tersebut.

9. Sistem Saraf Yang Sihat

Akhir sekali, minyak hemp dapat membantu dalam mengatasi proses penurunan dinamakan 'demealinasi'- yang mana apabila selaput myelin yang melindungi sistem saraf, rosak. Sekali lagi, asid lemak yang terkandung dalam minyak hemp ini boleh membantu mencegah perkara ini daripada berlaku melalui penggalakan struktur sihat di dalam membran sel.

Percayalah bahawa dengan hanya satu minyak yang dirumus secara istimewa ini, anda akan mendapat banyak manfaat ke atas kesihatan, penampilan serta kesejahteraan hidup anda. Cubalah sendiri serta nikmati dan alamilah manfaat positif ini. Anda boleh mengambil minyak hemp dalam bentuk apa sahaja, termasuklah tinktur, kapsul dan dalam bentuk makanan. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Rate this blog entry:

CBD Hemp Oils | Malaya Hemp™

 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 24 October 2018

Captcha Image

Cannabidiol

Kami adalah Pembekal utama Malaysia Premium CBD Oil, Cannabidiol! Minyak berkualiti tinggi yang berasal dari pengeluar utama di Asia.

CBD Oils Malaysia

Minyak CBD kami berasal dari cannabis sativa, bahan yang dihasilkan secara sah. Bentuk cannabis yang kami gunakan untuk minyak CBD kami ialah dari perindustrian hemp; kami tidak menjual ganja (Cannabis Indica - Marijuana).


Create an account
x