CBD vs THC: Apakah Perbezaan Di Antara CBD Dan THC?

Cannabidiol (CBD) dan tetrahydrocannabidiol (THC) tergolong dalam phytocannabinoids. Ianya meninggalkan banyak kesan dalam badan kita hasil interaksi dengan sel-sel tertentu, terutamanya sel dalam otak kita. Sebagai unsur cannabinoids, kedua-dua bahan ini mempunyai beberapa persamaan.

Pada mulanya, ianya adalah dua cannabinoids yang paling banyak ditemui secara semulajadi dalam hemp. Di samping itu, pelbagai aplikasi digunakan pada tahap molekul adalah sangat serupa. Kemiripan ini adalah sangat nyata, sehingga para saintis percaya yang kedua-duanya adalah bahan yang sama baru-baru ini.

Tetapi hipotesis ini kini telah terbukti salah. Sekarang, kita tahu bahawa THC ialah dadah psikotropik yang dikawal oleh penguasa persekutuan, manakala CBD pula dianggap selamat dan sah digunakan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, ia tidak menghentikan banyak anggapan yang salah tentang kedua-dua unsur ini. Kini telah tiba masanya untuk menegakkan kebenaran tersebut.

 

Pemakaian Klinikal: Membandingkan Kedua-duanya

Mari mulakan dengan THC dahulu, kerana lebih banyak kajian dilakukan secara menyeluruh keatasnya berbanding cannabinoid.

THC boleh mengubah perilaku anda malah membuatkan anda hilang kawalan diri. Ini disebabkan oleh kesan psikoaktifnya yang kuat, yang boleh mendatangkan kesan walaupun diambil dalam dos yang kecil. Seperti yang anda bayangkan, ini membuatkan ia lebih popular dipanggil sebagai marijuana.

Sudah pasti, bukan itu sahaja kebolehgunaannya. Sebagai analgesik sederhana kuat, ia juga efektif untuk beberapa jenis penyakit yang serius, contohnya AIDS atau pesakit kanser semasa mereka menjalani kemoterapi. Selain itu, marijuana juga adalah sangat berguna bagi tujuan perubatan, terutamanya apabila ditetapkan secara professional untuk kegunaan penyakit kronik tertentu.

Sekarang mari beralih kepada CBD. Seperti THC, ia berhubung dengan sel-sel untuk mengaktifkan reseptor cannabinoid, yang menghantar isyarat di dalam badan dan menyebabkan pelbagai kesan psikologikal. Walaupun cannabinoid secara keseluruhannya boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini, tiada bukti menunjukkan bahawa CBD boleh mendatangkan kesan serupa. Malah, ianya dapat melindungi kesan yang lebih buruk yang disebabkan oleh THC.

 

Pandangan Saintifik

Seperti yang anda jangka sekarang, ianya tidak begitu diterima secara universal dalam kalangan para saintifik bahawa CBD adalah lebih selamat daripada THC.

Kajian menunjukkan hubung kait antara penggunaan THC dalam jangka masa panjang menunjukkan simptom gangguan psikiatri yang khusus- seperti psikosis, schizophrenia dan depresi- telah menyokong pandangan ini. Namun, kita perlu jelas bahawa hubung kait itu selalunya bukan bermaksud penyebab – punca masalah mungkin daripada sumber lain.

Tambahan lagi, masih banyak penyelidikan yang dibuat tentang CBD dan – dengan keputusan awal yang sudah jelas positif – saintis secara keseluruhannya berharap akan menemui lebih banyak manfaatnya. THC, sebaliknya, mungkin telah diperiksa secara rapi sebagai teknik moden yang dibenarkan – walaupun anda tidak boleh berkata tidak pada keputusan penemuan yang baru.

 

Sudah adakah pemenangnya?

Ianya mudah untuk melihat mengapa seseorang boleh membuat kesimpulan awal berdasarkan fakta di atas- bahawa CBD ialah cannabinoid yang “lebih baik” antara kedua-duanya. Tapi itu bukan cara makanan tambahan dan ubat-ubatan berfungsi.

Kedua-dua bahan ini adalah berlainan, dari segi keberkesanannya dan cara ia meningkatkan kesejahteraan kehidupan seharian dan potensinya untuk merawat penyakit dan keuzuran. Anda tidak boleh melabel THC sebagai tidak baik, tidak berguna atau tiada nilai kerana ia tidak semestinya benar– seperti yang disebut di atas, ia masih mempunyai beberapa potensi dalam bidang perubatan.

Tambahan pula, banyak kajian belum dibuat ke atas CBD, jadi masih ada peluang untuk membuktikan bahawa CBD mempunyai kesan sampingan jangka panjang yang kurang baik, walaupun kebarangkalian tersebut diakui hanya sedikit. Kannabis (ganja) telahpun digunakan sejak ribuan tahun dahulu dan tidak pernah dikaitkan sebagai penyebab kematian, namun agak menghairankan dalam kes di UK dimana pada tahun lepas, terdapat lebih 800 kematian disebabkan preskripsi dadah yang SAH.

Walaupun begitu, setelah CBD boleh dikatakan selamat sepenuhnya dan THC boleh disalahgunakan dalam bentuk dadah menunjukkan bahawa kajian terdahulu selalunya mempunyai pandangan yang lebih baik dan dalam banyak kes, ia dijustifikasikan untuk sebab-sebab yang telah dinyatakan.

Ada banyak salah faham yang tersebar mengenai CBD dan THCi ini, jadi ianya membantu kita mencari fakta sebenar, atau sekurang-kurangnya hipotesis professional daripada komuniti saintifik. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari cannabinoid, sila lihat ciri-ciri lain di sini.

 

Bagaimana CBD Berfungsi

Berfikir untuk membeli minyak CBD? Kami percaya bahawa ianya penting supaya semua pelanggan kami yang dihargai sedia maklum dan biasa dengan pelbagai manfaat cannabinoid kepada tubuh manusia. Tentunya, memahami bagaimana CBD berfungsi dalam badan manusia merupakan satu proses yang kompleks. Mari terokainya..

Cannabidiol – ataupun dikenali sebagai CBD – kurang dikenali dalam kalangan masyarakat awam dan paling dikenali sebagai sebagai bahan aktif utama di dalam hemp. Namun, ianya penting untuk ditekankan di sini bahawa, tidak seperti THC, ia tidak mempunyai kualiti psikoaktif dan tidak membuatkan anda “khayal”.

 

Tindak Balas CBD's di dalam Badan

Tubuh anda mempunyai sistem endocannabinoid yang luas, menghubungkan satu siri reseptor yang tersebar dari otak anda ke bahagian badan yang lain. CBD dan THC selalunya berkerja secara berasingan dalam sistem ini: kemudian mengaktifkan reseptor cannabinoid anda, sementara yang sebelumnya tidak secara langsung menggiatkannya. Untuk membezakan antara keduanya, mari lihat dahulu bagaimana THC memberi kesan kepada reseptor jenis ini.

 

Reseptor CB1 dan CB2

Reseptor cannabinoid boleh mempengaruhi mood anda, kebolehan untuk merasai kesakitan, selera dan fungsi memori, antara lainnya. Ia dapat diaktifkan oleh endocannabinoid yang dihasilkan melalui tubuh anda atau cannabinoid daripada tumbuhan, seperti yang boleh dijumpai di dalam hemp atau cannabis.

Reseptor ini boleh dibahagikan mengikut kategori CB1 dan CB2. CB1 banyak dijumpai di dalam sistem saraf dan juga di dalam buah pinggang, hati dan peparu. Manakala CB2 dijumpai dalam hematopoiesis sel darah.

Jadi apakah yang ia boleh buat? Reseptor CB1 mempengaruhi pengeluaran dan membebaskan neurotransmitter; yang memainkan peranan dalam proses lipogenesis di dalam hati anda; muncul untuk mengekalkan homeostasis anda; dan mungkin boleh mempengaruhi faktor lain seperti keseronokan, konsentrasi, tahan sakit dan memori.

Sebagai alternatifnya, reseptor CB2 terlibat dalam pelbagai fungsi berkaitan dengan sistem keimunan anda., termasuk apoptosis dan penyekatan keimunan. Itulah yang THC giatkan; sekarang mari lihat kepada CBD untuk perbandingan.

 

Kesan CBD dalam Badan

CBD mengaktifkan pelbagai jenis reseptor yang lain, termasuk adenosine, serotonin dan vanilloid. Sebagai contohnya, reseptor TRPV-1 apabila diaktifkan, ia akan memberi kesan kepada suhu badan anda, inflamasi dan persepsi tentang kesakitan.

Sebagai contoh, reseptor adenosine yang aktif akan mengakibatkan kesan anti-radang dan anti-anxiety. Reseptor yang sama juga memberi kesan pengeluaran dopamine dan glutamat daripada tubuh anda, satunya memainkan peranan dalam tahap motivasi diri anda, mekanisme ganjaran dan kawalan motor. Satu lagi mempunyai impak yang besar ke atas pembelajaran, kesedaran, memori dan ransangan isyarat.

Banyak atau sedikitnya amaun CBD yang digunakan,ianya tetap akan memberi impak kepada kebolehaktifannya. Sebagai contoh, konsentrasi yang tinggi boleh mengaktifkan reseptor serotonin 5-HT14 yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kesan anti-depressan serta mempengaruhi selera makan, nausea, susah tidur, persepsi kesakitan dan mekanisme ketagihan.

Akhir sekali, ia juga dapat menghentikan isyarat CPR55, satu faktor yang menghubungkan tekanan darah dan modulasi kepadatan tulang anda.

 

Rangkaian THC

Pada awalnya, kami mengatakan bahawa CBD dan THC selalunya digunakan secara berasingan dalam sistem, namun masih terdapat pengecualian bagi sesetengah kes.

Melalui cara CBD memberi kesan kepada enzim FAAH, ia adalah satu kes yang sepertinya. Melaluinya, cannabinoid mengaktifkan reseptor CB1 dan dengan itu meminimumkan jangka masa bagi THC mengambil alih. Semua proses tersebut berakhir dengan mengurangkan kesan psikoaktif sehingga berakhir.

Kebolehan ini mejadikan THC sentiasa digabung dengan CBD apabila digunakan untuk tujuan rawatan. Secara kesimpulannya, CBD masih boleh mepunyai kelebihan tanpa THC, membeli produk yang hanya berlabel “non-psikoaktif CBD” dalam senarai kandungannya mempunyai potensi yang sangat besar ke atas kesihatan anda.

Rate this blog entry:

CBD Hemp Oils | Malaya Hemp™

 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 24 October 2018

Captcha Image

Cannabidiol

Kami adalah Pembekal utama Malaysia Premium CBD Oil, Cannabidiol! Minyak berkualiti tinggi yang berasal dari pengeluar utama di Asia.

CBD Oils Malaysia

Minyak CBD kami berasal dari cannabis sativa, bahan yang dihasilkan secara sah. Bentuk cannabis yang kami gunakan untuk minyak CBD kami ialah dari perindustrian hemp; kami tidak menjual ganja (Cannabis Indica - Marijuana).


Create an account
x