• March 18, 2019
  • Blog
  • by secadmin
  • 909

Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ ditubuhkan pada bulan Jun tahun 2017, merupakan syarikat anak Malaysia pertama di United Kingdom yang telah berjaya memperolehi lesen secara sah daripada kerajaan UK untuk terus melakukan research dan mencipta produk berasaskan kanabis.

Syarikat ini diasaskan oleh tiga orang anak muda Malaysia iaitu Mohd Roslan Abdullah berasal dari Kuala Lumpur yang mana sudah lebih 15 tahun menetap di UK dan telah mendapat kerakyatan Britain. Manakala sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi yang berasal dari Kelantan berkelulusan daripada Makkah dan Afrika, dan isterinya Nurul Ain Sahbudin yang berasal dari Negeri Sembilan berkelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini sedang dalam menghabiskan PhD beliau di salah sebuah universiti di United Kingdom.

 

Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ telah dibimbing sepenuhnya oleh pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK) bagi memantau, memberi latihan praktikal, khidmat nasihat di dalam sektor industri hemp dan kanabis agar mampu menghasilkan produk-produk berkualiti ke tahap paling maksima dan selamat digunakan bagi pelbagai peringkat umur.

Minyak cannabidiol (CBD) yang kami hasilkan murapakan minyak berkualiti tinggi di dunia dan mempunyai ketepatan (%) peratusan kandungan CBD di dalam setiap produk yang paling terbaik di UK dan di seluruh Eropah.

 

Produk-produk CBD daripada Malaya Hemp™ merupakan produk makanan tambahan semulajadi yang dihasilkan daripada Kanabis Sativa dengan kandungan (zero) kosong Tetrahydrocannabinol (THC).

Produk-produk CBD yang dihasilkan oleh Malaya Hemp™ adalah merupakan produk yang terbaik dan banyak memberi manfaat bagi tujuan rawatan alternatif, kontemporari dan kesejahteraan hidup manusia di dunia.

Bermula dari minyak dan kapsul kepada balms dan semburan dan pelbagai bentuk produk kami pasarkan, ia berasaskan dari sumber yang sama. Apa yang kami jual adalah bebas GMO, organik, vegan dan 100 peratus semulajadi dengan setiap bahan yang diekstrak dari hemp organik dalam EU dan Amerika Syarikat. Diluluskan oleh Food Standard Agency UK ( FSA UK ) dan Medicines & Healthcare products Regulatory Agency UK ( MHRA UK ).

Tumbuhan kami dilindungi, terpilih dan dipelihara di bawah cahaya matahari yang mencukupi dengan cara semulajadi dihancurkan dan diproses di tempat yang kedap air supaya ianya benar-benar tidak terkena sebarang pencemaran.

 

Portfolio produk kami yang mengagumkan dan diletakkan melalui sistem kawalan kualiti yang sangat ketat semasa proses pengeluaran. Nombor siri diperuntukkan dari data supaya semua yang kami hasilkan boleh dikesan untuk sampel yang diuji. Dengan sampel yang diuji disahkan di bawah ujikaji makmal yang ketat dengan menggunakan analisis HPLC (kromatografi cecair prestasi tinggi).

Sejak Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ ditubuhkan di UK pada 2017 yang lalu, kami tidak pernah involved dengan mana-mana badan NGO, Government Malaysia, dan mana-mana sellers CBD atau minyak kanabis black market di Malaysia.

 

Semua dana tertubuhnya syarikat ini adalah 100% hasil titik peluh daripada duit saving kami sendiri, dan kami tidak pernah memohon mana-mana sumbangan samada dari Malaysia atau luar Negara, termasuk kos research bersama pakar-pakar perubatan di UK.

Sebelum memasarkan produk CBD, kami telah melalui beberapa proses dari segi perundangan kerajaan UK bagi mendapatkan lesen pemasaran produk secara sah dan di pantau sepenuhnya oleh Government UK. Langsung tiada kena mengena dengan mana-mana organisasi, NGO dan kerajaan Malaysia.

 

Kami hanya bergerak secara persendirian dan tujuan kami adalah ingin berkongsikan benefits ganja hasil dari kajian Negara Eropah dari sudut kesihatan. Dengan bantuan consultancy kerajaan UK, Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ adalah satu-satunya syarikat anak Melayu yang kini sedang berdiri kukuh dan bersaing dengan lebih 300 syarikat-syarikat CBD di UK yang lain.

Hasil jualan produk CBD di UK juga kami telahpun menyalurkan sumbangan secara peribadi kepada golongan-golongan yang memerlukan dan yang benar-benar tidak berkemampuan.