• February 24, 2019
  • Blog
  • by secadmin
  • 97

New Zealand adalah salah sebuah negara dibawah jajahan British yang mana kerajaan British pada ketika itu tidak menggalakkan penanaman ganja secara meluas seperti yang dilakukan oleh benua Amerika, Caribbean, Afrika dan India, kerana tanaman ini dapat diproses menjadi fibre.

Walau bagaimanapun ubat daripada pohon ganja ini juga dihasilkan dan dijual di New Zealand hanya bernilai 1 shilling bagi satu ounce ganja pada sekitar tahun 1800-an.

Ganja dijadikan bancuhan teh untuk merawat penyakit kekejangan haid, dibuat rokok untuk asma, digunakan untuk menyembuhkan kesakitan gigi dan dibuat ke dalam sirap Chlorodyne Dr J Collis Browne yang popular pada ketika itu, Cigares de Joy (sejenis rokok ganja) dan di jadikan lozenge bagi kanak-kanak.

Banyak artikel kesihatan dari pra – 1900 di New Zealand menceritakan perubatan ganja. Menjelang tahun 1927 New Zealand mengikuti jejak langkah seluruh dunia untuk tidak menggunakan ganja sebagai ubat-ubatan, maka ubat-ubatan sintetik semakin berkembang.

Namun, New Zealand merancang sekali lagi meluluskan perubatan ganja menjelang pada tahun hadapan, iaitu pada tahun 2020.

For more info, Please click here! 👉 https://bit.ly/2SnyoYO