Kami merupakan syarikat anak Melayu atau Malaysia pertama di UK, merupakan pembuat minyak cannabidiol (CBD) yang terbaik di UK dan seluruh Eropah. Pembuat makanan tambahan semulajadi yang diperolehi daripada kandungan THC peringkat rendah.

Kami telah menghasilkan produk CBD atau dengan nama Malaya Hemp™ terbaik yang banyak memberi manfaat dan ianya boleh didapati di kedai online kami. Jadi, anda boleh mengambilnya sebagai makanan diet harian anda sendiri bagi tujuan rawatan alternatif, kontemporari dan kesejahteraan hidup. Sama ada untuk berehat atau merawat - atau lebih baik lagi, kedua-duanya.

Bermula dari minyak dan kapsul kepada balms dan semburan dan pelbagai bentuk produk kami pasarkan, ianya berasaskan dari sumber yang sama. Apa yang kami jual adalah bebas GMO, organik, vegan dan 100 peratus semulajadi dengan setiap bahan yang diekstrak dari hem organik dalam EU dan Amerika Syarikat. Tumbuhan kami dilindungi ,terpilih dan dipelihara di bawah cahaya matahari yang mencukupi, dengan secara semulajadi dihancurkan dan diproses di dalam bekas, kedap air dengan benar-benar tiada sebarang pencemaran.

Jadi apabila anda membeli dari kami, anda tahu bahawa apa yang anda masukkan ke dalam badan anda adalah kebaikan tanaman hijau yang langsung dari sumber semulajadi alam.

Bagaimana anda tahu? Kerana rantaian bekalan kami tidak dapat ditandingi dari mana-mana sumber kedai . Portfolio produk kami yang mengagumkan dan diletakkan melalui sistem kawalan kualiti yang sangat ketat semasa proses pengeluaran. Nombor siri diperuntukkan dari data supaya semua yang kami hasilkan boleh dikesan untuk sampel yang diuji. Dengan sampel yang diuji disahkan di bawah ujikaji makmal yang ketat dengan menggunakan analisis HPLC (kromatografi cecair prestasi tinggi).

Bagi anda,kami yakini bahawa apa jua produk yang anda beli dari kami akan memberi manfaat terbaik yang ditawarkan oleh CBD, tanpa kompromi.

Kami memberi jaminan:

• Tiada kesan “high” atau rasa khayal. Rasa sangat tenang.
• Tiada rasa serabut. Mengekalkan kawalan emosi.
• Tiada melanggari undang-undang. Nikmati dengan selamat.
• Tiada pengecualian - menghasilkan kesan positif dengan setiap produk yang diamalkan

Cannabidiol

Kami adalah Pembekal utama Malaysia Premium CBD Oil, Cannabidiol! Minyak berkualiti tinggi yang berasal dari pengeluar utama di Asia.

CBD Oils Malaysia

Minyak CBD kami berasal dari cannabis sativa, bahan yang dihasilkan secara sah. Bentuk cannabis yang kami gunakan untuk minyak CBD kami ialah dari perindustrian hemp; kami tidak menjual ganja (Cannabis Indica - Marijuana).


Create an account
x